DUNIA

Zimbabwe, Malaysia Akan Menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyiaran

09/08/2024 09:02 PM

HARARE, 9 Ogos (Bernama-New Ziana) -- Zimbabwe dan Malaysia akan menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang penyiaran, kata seorang menteri Kabinet.

Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Dr Jenfan Muswere berkata demikian ketika memberi taklimat kepada media mengenai hasil perbincangan Kabinet minggu ini.

Penyiaran sebagai industri dan amalan merupakan mekanisme penting untuk menggalakkan kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat oleh orang ramai.

Industri penyiaran adalah penggajian utama di Zimbabwe seperti di kebanyakan negara lain dan juga memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat seni dan mempamerkan budaya dan tradisi negara kepada dunia.

Agensi Berita Zimbabwe, New Ziana melaporkan Muswere sebagai berkata bahawa Kabinet telah meluluskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Zimbabwe dan Malaysia mengenai kerjasama dalam penyiaran.

MoU itu bertujuan untuk membangunkan kerjasama dalam media dan penyiaran dari segi program radio dan televisyen antara kedua-dua negara.

Ia memperuntukkan pertukaran berita dan bahan berita, program radio dan televisyen, kerjasama dalam bidang penerbitan radio dan televisyen, teknologi penyiaran serta perkongsian amalan dan pengalaman terbaik.

Kerjasama itu juga akan merangkumi lawatan pertukaran antara pegawai dan pakar dalam bidang yang dikenal pasti bersama oleh kedua-dua pihak.

-- BERNAMA-New Ziana


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan