AM

Kementerian Pengangkutan Bakal Keluarkan Dasar Penggantian Kenderaan Logistik

12/08/2024 04:13 PM

REMBAU, 12 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan dasar berkaitan penggantian kenderaan perkhidmatan logistik dalam masa terdekat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung dasar itu yang melibatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya.

"Memang kita hendak menggalakkan pembelian trak baharu, jadi dasar yang lebih jelas akan dikeluarkan supaya sektor swasta terutamanya syarikat-syarikat logistik dan syarikat pengangkutan berminat untuk melabur dalam trak-trak yang baharu.

"Dasar itu memang kita sedang buat kajian sekarang, bagaimana cara untuk kita beri galakan supaya perkara ini dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program ESG Kumpulan Careplus sempena pemasyuran kilang pemasangan kenderaan elektrik dan Careplus Mall, yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon di sini hari ini.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata beliau akan mengumumkan berhubung pelaksanaan dasar itu dengan lebih terperinci dalam masa terdekat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan