JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Rampas Syabu Dan Ekstasi Bernilai Rm2.6 Juta, Tahan Penganggur

12/08/2024 05:21 PM

SEPANG, 12 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menemukan kedua-dua jenis dadah itu dalam bungkusan berwarna biru dan hijau yang dilabel sebagai teh herba ‘Chinese Pin Wei’ dalam sebuah kereta ketika serbuan pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini beliau berkata, semakan mendapati penganggur berumur 40 tahun itu mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, dan dia yang dipercayai menjadi ‘penghantar dadah’ turut didapati positif Methamphetamin.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu diupah RM2,800 bagi setiap penghantaran.

“Setakat ini dia baru buat dua kali,” katanya dan menambah individu itu direman selama enam hari sehingga esok, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan