AM

Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar - Mohd Shukri

13/08/2024 11:09 PM

KANGAR, 13 Ogos (Bernama) -- Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Menteri Besar Perlis itu berkata beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

"Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja.  Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau ‘diarahkan’ untuk letak jawatan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan