BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 AM

Penganjuran Sukan Mampu Kukuhkan Kerjasama Keselamatan - Ab Rauf

16/08/2024 08:31 AM

MELAKA, 16 Ogos (Bernama) -- Penganjuran sukan antara negara yang melibatkan agensi penguatkuasaan undang-undang dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan kedua-dua negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata hal ini dapat dilihat melalui penganjuran Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thai Police (RTP) yang memasuki edisi ke-35, berlangsung di Stadium Hang Jebat semalam.

"Saya percaya kunjungan RTP ke Melaka melalui pertandingan kali ini, mampu mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand, memandangkan penganjuran kejohanan ragbi tahunan ini sudah melangkaui usia 35 tahun."

"Yang lebih utama,hubungan baik antara kedua-dua agensi penguat kuasa undang-undang Asia Tenggara ini dapat dikekalkan dan berpanjangan," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse antara PDRM dan RTP edisi ke-35.

Turut hadir, Ketua Polis negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Delegasi Polis Leftenan Jeneral Kornchai Klayklueng, yang mewakili Ketua Polis Thailand.

Ab Rauf juga berharap kejohanan tersebut menjadi medan pertemuan untuk saling bertukar pandangan serta mencari idea baharu dalam mempersiap dan memperkukuh barisan pertahanan negara masing-masing, demi mengekalkan rantau ini sebagai zon selamat yang seterusnya membawa impak positif kepada kestabilan ekonomi, politik, dan sosial.

Dalam perlawanan persahabatan tersebut, pasukan PDRM berjaya menewaskan RTP dalam kedua-dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka dengan keputusan 32-21 dan Kategori Veteran 26-0. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan