AM

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Rozaid Abdul Rahman

18/08/2024 10:46 PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia petang tadi.

Menerusi catatan di laman Facebook, Ahmad Zahid berkata beliau mengenali Allahyarham sejak usia muda dan baru sahaja menziarahi beliau baru-baru ini.

“Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Rozaid Abdul Rahman yang telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya petang tadi.

“Pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh kalangan kami yang sentiasa berhubung dengannya dari dahulu lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Rozaid, 59, yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023, meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.

Berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun, wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan