DUNIA

Anwar Kecam Kelemahan Tindakan Antarabangsa Tangani Genosid Di Gaza

21/08/2024 03:29 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan.

Beliau berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.

Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai ‘genosid di Ukraine’, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya sebagai ‘kesan peperangan’ dan menerimanya begitu sahaja.

“Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di sini, Selasa.

Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin. 

Terdahulu hari ini dalam hantaran di platform X, Anwar berkata “sebarang perkembangan bermakna kearah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel”.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan