AM

Raja Permaisuri Agong Lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur

23/08/2024 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat  Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay di sini hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk ‘Ainu Sham Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kraftangan Malaysia Abdul Halim Mohd Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kraftangan Malaysia Saadiah Mat Dahri. 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan pelancongan domestik dan antarabangsa yang mempromosikan produk kraf Malaysia seperti produk tekstil, hasil rimba, logam, seni kraf kayu, hasil tanah dan aneka kraf.

Terdapat dua lagi Kompleks Kraf sedemikian iaitu masing-masing di Johor Bahru dan Langkawi yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan