AM

Mydin Tawar Penjimatan RM6.7 Juta Melalui Festival OHMYDIN!

25/08/2024 08:18 AM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menerusi kempen Festival OHMYDIN! sempena ulang tahunnya yang ke-67, menawarkan penjimatan dan ganjaran keseluruhan  bernilai RM6.7 juta kepada pelanggannya.

Kempen yang turut mendapat kerjasama 55 rakan kerjasama strategik termasuk MYDIN PayFlex yang dikuasakan Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza itu, bertujuan menghargai pelanggan setia Mydin dengan pelbagai promosi dan peraduan hebat sehingga 11 Nov.

Antaranya program Fun Run Festival OHMYDIN! yang berlangsung di cawangan MYDIN Subang Jaya, Selangor hari ini dan kemudiannya akan berlangsung di tiga lagi cawangan iaitu MITC (Melaka) pada 21 Sept, Tunjong (Kelantan) pada 19 Okt dan Petra Jaya (Sarawak) pada 9 Nov.

Menurut kenyataan MYDIN, setiap pendaftaran program itu yang bertujuan memupuk budaya sihat di samping menyemarakkan perpaduan, sejumlah RM5 akan disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin, yang dikhaskan untuk golongan kurang bernasib baik.

“Peserta fun run sejauh 6.7 kilometer itu juga berpeluang menikmati cabutan bertuah peranti Oppo, baucar tunai dan hamper,” menurut MYDIN dalam satu kenyataan.

Selain program larian itu, program ‘Jom Durian’ turut akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 7 Sept ini dan MYDIN Pelangi Indah, Johor pada 5 Okt bagi memberi peluang orang ramai menikmati sedulang raja buah itu pada harga serendah RM100.

“Sepanjang kempen berlangsung, MYDIN turut menawarkan promosi Hari-Hari MYDIN Murah, Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian, Happy Hour dan pelbagai lagi penjimatan hebat kepada pelanggan khususnya kepada pemilik kad kesetiaan Meriah.

“Promosi itu juga boleh didapati di TikTok Shop@MYDIN. Di samping itu, pengguna aplikasi pembayaran Atome, MCash, Moby Islamic dan SPayLater, berpeluang menerima pulangan tunai bernilai keseluruhan RM67,000 apabila berbelanja dalam satu transaksi di mana-mana cawangan MYDIN,” menurut MYDIN.

Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy, turut menganjurkan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan CashOut dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500.

“Manakala, pendaftar baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi Belian dengan Belian Borong.

“Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga 11 Nov 2024,” menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan