AM

KSN Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka

25/08/2024 06:40 PM

MELAKA, 25 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Beliau menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri disusuli Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang turut menerima darjah sama.

Sementara itu, seramai 10 penerima menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira iaitu isteri Ketua Menteri Melaka Datin Seri Zuriyah Abdul Aziz, Datuk Roslan Abdul Rahman, Datuk Lim Ban Hong, Datuk Zailani Hashim, Datuk Ding Huong Mieng, Datuk Mahadi Badrul Zaman, Datuk Goh Kian Chuan, Datuk Fadzley Halmen, Datuk Shahrul Azuwar Abd Aziz dan Datuk Yen Weh Hwa.

Seramai lima penerima pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Datuk Zahid Rastam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar, Datuk Maznah Ismail dan Datuk Zulkifli Abidin.

Dalam pada itu, seramai 71 menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk antaranya Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh, Datuk Norhayati Musa, Datuk Zainah Othman, Datuk Azhan Abdul Halim dan Datuk Mohamad Azhan Md Amir.

Secara keseluruhan, seramai 299 individu menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka pada sesi hari ini iaitu Darjah Seri Melaka (DSM) seramai 22 penerima, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) melibatkan 30 penerima, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) seramai 38 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) membabitkan 71 penerima manakala seramai 48 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

--  BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan