AM

Remy Ishak, Ashraf Muslim Antara Penerima Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Melaka

25/08/2024 07:20 PM

MELAKA, 25 Ogos (Bernama) -- Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hari ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Remy, ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Sementara itu Ashraf berkata menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan