AM

Fahmi Tinjau Operasi Cari Mangsa Kejadian Tanah Jerlus Di Kawasan Kemudahan IWK

27/08/2024 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa hampir sejam meninjau kawasan kemudahan Indah Water Konsortium (IWK) Unit Kuala Lumpur di Pantai Dalam di sini, yang menjadi titik terakhir (end point) lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lepas.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan juga IWK telah memberikan taklmat kepadanya berhubung operasi tersebut.

“Pencarian diteruskan, itu saja yang boleh saya katakan,” katanya ketika ditemui pemberita di fasiliti berkenaan.

Hari ini merupakan hari kelima misi mencari pelancong dari Kuppam, Andhra Pardesh yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh kedalam lubang sedalam lapan meter yang terhasil akibat kejadian tanah jerlus.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan