AM

PM Anwar Sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan Petang Ini

30/08/2024 09:39 AM

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 4.30 petang ini.

Kira-kira 7,000 tetamu termasuk penjawat awam, pesara dan veteran serta badan bukan kerajaan dijangka memeriahkan program itu yang diterajui Kementerian Perpaduan Negara bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi baharu.

Acara itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan selain menerusi Facebook rasmi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Setiausaha Bahagian Pembangunan Masyarakat Kementerian Perpaduan Negara Zaimy Shaari berkata majlis itu turut diserikan dengan reruai yang menunjukkan kepelbagaian Malaysia serta acara selingan seperti kupasan penceritaan mengenai wira tidak didendang.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka akan berlangsung di Dataran Putrajaya, esok. 

Acara gilang-gemilang itu menyajikan perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan.

Sementara itu, Anwar dalam hantarannya menerusi platform Instagram hari ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan semangat MADANI Jiwa Merdeka!

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan