JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan Di Kota Kinabalu

30/08/2024 10:12 AM

KOTA KINABALU, 30 Ogos (Bernama) -- Dua rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata identiti mangsa belum dikenal pasti. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 pagi dan pihaknya sampai ke tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Bomba boleh mengeluarkan mangsa yang rentung itu hanya selepas kebakaran kereta itu dapat dipadamkan. Dua lagi mangsa yang masing-masing memandu dua kenderaan lain dalam kejadian itu hanya cedera ringan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan 4.40 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan