DUNIA

Wanita Pertama China, Negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan

06/09/2024 02:49 PM

BEIJING, 6 Sept (Bernama-CMG) -- China dan Afrika merupakan komuniti yang berkongsi nasib. Kaum wanita China dan Afrika pernah berganding bahu melakar kecemerlangan dalam memacu pelaksanaan projek kerjasama dengan ketekunan, kebijaksanaan dan dedikasi.

Demikian dinyatakan Puan Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, ketika menyampaikan ucapan dalam satu mesyuarat mengenai pendidikan wanita China-Afrika di sini pagi semalam.

Sebagai utusan khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi hal ehwal pendidikan kanak-kanak dan wanita, Peng memperkenalkan pencapaian China yang cemerlang dalam tempoh pelaksanaan "Projek Spring Bud" selama lebih 30 tahun, di samping menyanjung tinggi pencapaian yang dilakar sejumlah wanita Afrika yang berjaya dalam merealisasikan nilai hidup melalui pendidikan.

Menurut Peng, China dan Afrika merupakan rakan seperjuangan dalam menempuh jalan pembangunan pendidikan wanita yang dipercayai boleh membawa masa depan yang cerah kepada mereka, dan perlu terus berintegriti menyuburkan persahabatan tradisional serta mengeratkan kerjasama supaya dapat mendorong pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita berkembang ke arah yang lebih adil, inklusif dan berkualiti demi pembinaan dunia yang lebih baik.

Turut hadir, seramai 26 wanita pertama dari negara Afrika yang menemani suami mereka menghadiri Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 di Beijing, termasuk Marie Khone Faye, isteri Presiden Senegal yang menyampaikan ucapan dalam sesi mesyuarat itu.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada Peng atas sumbangan cemerlangnya dalam memasyarakatkan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita di Afrika, menyanjung tinggi terhadap sokongan dan bantuan China kepada pelbagai negara Afrika dalam pelbagai bidang, dan bersedia terus meningkatkan kerjasama dengan China untuk membantu lebih ramai wanita menjadi relevan dengan hidup bahagia.

Para wanita pertama dari China dan Afrika juga meluangkan masa menikmati nyanyian kanak-kanak dan Opera Peking serta melawat satu pameran yang berkaitan dengan kebudayaan tradisional China dan pencapaian negara ini dalam bidang pendidikan wanita.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan