AM

Belanjawan 2025: Kelantan Harap Peruntukan Tambahan Infrastruktur Sukan

10/10/2024 10:45 AM

KOTA BHARU, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan Zamakhshari Muhamad berkata ketika ini Kelantan tidak memiliki prasarana dan kemudahan sukan yang lengkap.

Beliau menekankan bahawa kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur sukan dan menyediakan kelengkapan asas bagi kegunaan atlet.

“Kelantan bakal menjadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia) pada 2028, dan kami berharap peruntukan tambahan ini dapat disalurkan menerusi Belanjawan 2025.

“Peruntukan ini amat penting bagi persiapan SUKMA akan datang serta untuk melahirkan bakat besar dalam pelbagai sukan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan