EKONOMI

Hartalega Dijangka Raih Manfaat Susulan Semakan Tarif AS Terhadap Produk Sarung Tangan China

10/10/2024 12:09 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.

Susulan pengumuman itu terdapat lebih banyak pertanyaan daripada pelanggan AS yang bergantung kepada pembuat sarung tangan China, kata Kenanga Holdings Bhd dalam nota penyelidikan hari ini.

“Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengumumkan kenaikan tarif ke atas import China termasuk tarif 50 peratus lebih tinggi berbanding diumumkan sebelum ini pada Mei iaitu sebanyak 25 peratus berkuat kuasa pada 2026 serta 100 peratus terhadap eksport sarung tangan perubatan dan pembedahan getah China ke AS, masing-masing mulai 2025 dan 2026.

“Petunjuk bahawa pemulihan permintaan yang kukuh menuju ke tahun kewangan berakhir 2026, nampaknya ia melebihi jangkaan kami sebelum ini. Kami mengekalkan unjuran pendapatan Hartalega tidak betubah bagi tahun kewangan 2025  kerana mengandaikan margin ebih rendah disebabkan oleh mata wang asing (forex), diimbangi oleh kadar penggunaan lebih tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu telah menaikkan unjuran untung bersih Hartalega bagi tahun kewangan 2026 sebanyak 12 peratus dan harga sasaran kepada RM3.25 daripada RM3.20 sebelum ini.

Sementara itu, Kenanga menjangkakan harga saham sarung tangan akan dinilai semula dengan menjangkakan peningkatan pendapatan jangka pendek, ia adalah positif untuk sektor tersebut.

“Kami kini menjangkakan keadaan lebihan bekalan akan berkurangan. Ia akan bertambah baik secara beransur-ansur berikutan tanda-tanda penggiat sektor berkenaan mengurangkan kapasiti pengeluaran melalui penyahaktifan loji terpilih dan peserta baharu yang keluar daripada sektor itu,” katanya.

Berdasarkan jangkaan, Kenanga berkata situasi permintaan dan pembekalan hanya akan mula menuju ke arah keseimbangan pada 2026 apabila tiada lagi kapasiti baharu bersih yang akan datang sementara permintaan global untuk sarung tangan terus meningkat sebanyak 15 peratus setahun disokong oleh peningkatan kesedaran mengenai kebersihan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan