AM

Agong Terima Panggilan Telefon Daripada Raja Charles III

10/10/2024 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.

Hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan bahawa panggilan itu tertumpu kepada perbincangan mengenai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-17 yang dijadual berlangsung di Apia, Samoa, dari 21 hingga 26 Okt ini.

Raja Charles turut menyampaikan ucapan salam mesra buat seluruh rakyat Malaysia menerusi panggilan itu.

The Commonwealth menerusi laman web https://thecommonwealth.org memaklumkan bahawa tema CHOGM kali ini ‘One Resilient Common Future: Transforming our Common Wealth’ yang membincangkan bagaimana 56 negara anggota perkumpulan itu perlu memanfaatkan kekuatan mereka dengan membina daya tahan, membina potensi, memanfaatkan 'Kelebihan Komanwel' dan memupuk Komanwel yang digital dan saling berhubung.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan