EKONOMI

Pelaburan Domestik Kukuh, Sumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara - PM Anwar

13/10/2024 05:09 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Dewan Perniagaan dan Industri China Bersekutu (ACCCIM) di sini hari ini berkata beliau mengaitkan momentum positif pelaburan domestik itu disebabkan minat, keyakinan dan komitmen semakin meningkat ditunjukkan oleh pemain industri tempatan.

“Pelaburan domestik telah meningkat secara luar biasa, oleh itu saya berterima kasih kepada anda (sektor swasta).

“Susulan itu, jika terdapat momentum pelaburan domestik yang mengagumkan maka saya tidak sepatutnya mengenakan cukai kepada anda (sektor swasta) terlalu tinggi,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata sektor swasta termasuk perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS) akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2025 akan datang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet di Parlimen pada Jumaat, 18 Oktober, 2024.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan