AM

Banjir: Jalan Ke Kampung Teluk Rambong Di Baling Ditutup

15/10/2024 04:32 PM

BALING, 15 Okt (Bernama) -- Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong dekat sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam susulan banjir.

Penduduk kampung, Che Puteh Awang, 72, berkata hujan lebat sejak Sabtu lepas menyebabkan tebing jambatan besi yang menghubungkan jalan itu terhakis teruk dan jalan tar turut rosak.

"Ada penduduk yang cuba menurap kembali jalan yang rosak namun banjir yang berlaku malam kelmarin menyebabkan hakisan tanah pada tebing jambatan lebih teruk dan tar yang baru diturap rosak," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Menurutnya, banjir yang beberapa kali melanda kawasan itu sejak 30 Sept lepas merupakan yang terburuk berlaku sehingga menyebabkan beberapa jambatan di kampung berkenaan rosak selain aliran sungai juga berubah.

"Ada jambatan rosak dan bahaya, jadi penduduk perlu menggunakan laluan lain yang lebih jauh untuk masuk ke Kampung Teluk Rambong iaitu melalui Desa Keda Batu 8," katanya.

Beberapa gelombang banjir di kampung itu sejak 30 Sept lepas turut menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan