EKONOMI

UOB Malaysia, PAAB perkukuh Rantaian Bekalan Infrastruktur Air

06/04/2026 01:29 PM

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- UOB Malaysia dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor UOB-PAAB untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada pembekal dan vendor dalam ekosistem rantaian bekalan PAAB.

“Melalui program ini, vendor yang kebanyakannya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berada dalam kedudukan lebih baik untuk mendapat pembiayaan, menjadikannya lebih mudah bagi mereka dipilih untuk projek baharu.

“Selaras dengan pelancaran program itu, bank akan menyediakan pembiayaan kepada vendor PAAB yang menyertai kemudahan aku janji pembayaran tak boleh batal pembiayaan pembekal (SF-IPU),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Negara Perbankan Transaksi UOB Malaysia Lucas Chew berkata, dengan menawarkan pembiayaan yang boleh diramal dan tanpa berbantuan serta mendigitalkan proses rantaian bekalan utama, bank itu membantu vendor mengurus aliran tunai dengan lebih cekap, memendekkan kitaran pemprosesan dan meningkatkan kesiapsiagaan operasi keseluruhan.

“Ini membawa kepada pelaksanaan yang lebih pantas, daya tahan rantaian bekalan yang lebih kukuh dan ekosistem yang lebih baik sekali gus menyokong pembangunan jangka panjang infrastruktur air dengan lebih berkesan di Malaysia,” katanya.

PAAB adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, yang ditubuhkan pada 2006 di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan PAAB Zaleha Abdul Hamid berkata program ini membolehkan vendor menyampaikan perkhidmatan dengan lebih dipercayai, yang menyumbang kepada pelaksanaan projek lebih lancar di seluruh negara.

“Inisiatif ini adalah sejajar dengan komitmen PAAB untuk menyediakan infrastruktur air yang mampan, cekap dan berkualiti tinggi kepada komuniti kami,” katanya.

Pelancaran ini merupakan peristiwa penting dalam kerjasama antara UOB Malaysia dan PAAB, selain memperkukuh komitmen bersama mereka dalam menyokong sektor air Malaysia melalui inovasi kewangan, kecekapan operasi dan pembangunan ekosistem.

Pelancaran program ini tepat pada masanya berikutan memperkukuh penyampaian projek, meningkatkan kesediaan rantaian bekalan selain menyumbang kepada usaha lebih luas kerajaan untuk meningkatkan kecekapan, kualiti dan kemampanan jangka panjang dalam industri

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan