AM

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Vijay Atas Pelantikan Sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu

12/05/2026 11:34 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada sahabatnya yang juga ikon perfileman India Selatan Vijay, atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata selama bertahun-tahun, para peminat menyaksikan Vijay menewaskan ahli politik korup dan pelbagai penjahat dalam tempoh filem berdurasi tiga jam, yang sering diselang-seli dengan waktu rehat singkat.

“Rakyat Tamil Nadu kini telah mengamanahkan Vijay dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mana-mana watak yang pernah dilakonkan beliau di layar perak.

Oru Viral Puratchi atau ‘revolusi satu jari’, kini berada di ambang mencipta sejarah,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut berkata Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya dan hubungan sesama rakyat yang erat merentasi generasi.

“Saya teruja untuk kerjasama erat dengan Ketua Menteri Vijay pada masa akan datang,” kata Anwar.

Vijay atau nama sebenarnya Chandrasekaran Joseph Vijay, 52, yang baru-baru ini beralih daripada kerjaya lakonan prolifik kepada politik sepenuh masa, memimpin partinya Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri, sekali gus menjejaki langkah beberapa tokoh legenda filem dalam sejarah politik Tamil Nadu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan