DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Sedikit Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Pada Harga Rendah

26/06/2026 10:25 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Jumaat dengan dibuka tinggi sedikit, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam kaunter telekomunikasi dan pengangkutan.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.82 mata atau 0.10 peratus kepada 1,665.64 daripada paras 1,663.82 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka meningkat 0.68 mata kepada 1,664.50.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 125, manakala 254 kaunter tidak berubah, 2,144 tidak diniagakan dan 65 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 130.09 juta saham bernilai RM68.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) kembali mencatat dagangan yang tidak menentu, manakala Apple susut selepas menaikkan harga beberapa produknya, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 0.14 peratus, S&P 500 ditutup tidak berubah manakala Nasdaq susut 0.46 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot 1.43 peratus kepada 23,076.91 mata berikutan tekanan jualan yang ketara ke atas saham tanah besar China.

Di peringkat domestik, FBM KLCI menurun susulan tekanan jualan yang tinggi dalam saham Press Metal Aluminium dan Petronas Chemicals sekali gus menyebabkan indeks penanda aras itu melepasi paras sokongan 1,675.

“Paras sokongan seterusnya dijangka berada sekitar 1,660.

“Meskipun gambaran teknikal masih lemah, penurunan baru-baru ini menjadikan penilaian saham lebih menarik dan berpotensi menggalakkan aktiviti pembelian saham pada harga rendah sekiranya tekanan jualan mula reda,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,660 hingga 1,670 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Axiata naik lima sen kepada RM2.13, MISC menambah sembilan sen kepada RM7.88, manakala CelcomDigi, Maxis dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat tiga sen kepada RM2.74, RM3.42 dan RM3.95.

Bagi kaunter aktif, Borneo Oil dan TWL masing-masing kekal pada 0.5 sen dan dua sen. Vinvest Capital susut 0.5 sen kepada 2.5 sen, Senheng menambah satu sen kepada 12.5 sen dan AirAsia X turun dua sen kepada RM1.21.

Dalam kalangan kaunter untung, United Plantations meningkat 32 sen kepada RM32.62, Analabs Resources naik tujuh sen kepada RM1.77 dan Ajinomoto menokok enam sen kepada RM18.94.

Bagi kaunter rugi utama, Malaysian Pacific Industries susut 82 sen kepada RM48.18, F&N turun 48 sen kepada RM27.70, Vitrox merosot 15 sen kepada RM7.70, UWC berkurangan 12 sen kepada RM6.48 dan Kelington kehilangan 11 sen kepada RM7.83.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 1.24 mata kepada 12,378.91, Indeks FBMT 100 meningkat 0.67 mata kepada 12,211.30 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 5.29 mata kepada 12,282.39.

Indeks FBM Mid 70 turun 52.85 mata kepada 17,846.76 manakala Indeks FBM ACE susut 20.23 mata kepada 4,766.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 15.53 mata kepada 19,613.77, Indeks Tenaga susut 2.03 mata kepada 743.37, Indeks Perladangan naik 6.44 mata kepada 8,854.71 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.02 mata kepada 180.81.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan