DUNIA

Imam Masjid Nabawi Ingatkan Bahaya Ketagihan Skrin, Seru Rekreasi Secara Seimbang

10/07/2026 11:55 PM

MADINAH, 10 Julai (Bernama-SPA) -- Imam Masjid Nabawi Sheikh Abdulbari Al-Thubaiti mengingatkan orang ramai mengenai bahaya ketagihan penggunaan skrin, sambil menegaskan bahawa penggunaan digital secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan mental, kekosongan emosi serta melemahkan hubungan kekeluargaan.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa ketika menyampaikan khutbah Jumaat, Al-Thubaiti turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mengehadkan konsep rekreasi moden kepada penggunaan skrin dan media sosial semata-mata.

Beliau menegaskan bahawa rekreasi adalah harus dalam Islam selagi ia berada dalam batas yang dibenarkan syarak, membantu menyegarkan semula fizikal dan mental tanpa mengabaikan tanggungjawab agama, serta memberi kesan positif terhadap ibadah dan akhlak.

Beliau turut menyeru agar masyarakat mengamalkan pendekatan yang seimbang terhadap rekreasi dengan menggabungkan aktiviti fizikal bersama pengisian rohani dan intelektual.

-- BERNAMA-SPA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan