PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

19/06/2024 06:22 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, menjejaki harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak mentah bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan mengenai konflik yang meningkat di Eropah dan Timur Tengah yang mengimbangi kebimbangan mengenai permintaan susulan peningkatan yang tidak dijangka dalam inventori minyak Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang berikutan peniaga meneliti unjuran prospek permintaan getah asli global yang meningkat oleh Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli dan kebimbangan mengenai bekalan getah yang terhad berikutan pengeluar utama Thailand mengunjurkan cuaca buruk dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh jangkaan yang diperkukuh mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan berikutan data ekonomi AS yang lemah.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot tiga sen kepada 804 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 792 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 802 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 789.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan