PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

27/06/2024 07:25 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 susut kepada US$2,312.40 setiap auns troy daripada US$2,319.10 setiap auns troy, manakala Julai 2024 merosot kepada US$2,320.00 setiap auns troy daripada US$2,326.30 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya susut kepada US$2,336.00 setiap auns troy daripada US$2,342.30 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada 20 lot daripada 29 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39 kontrak daripada 49 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,299.65 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association semasa penetapan petang pada 26 Jun. 

-- BERNAMA  

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan