PASARAN > BERITA

RINGGIT DIBUKA TINGGI BEBRBANDING DOLAR US

25/06/2024 10:01 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini kerana sentimen ekonomi global bersikap berhati-hati mendorong sesetengah pelabur beralih ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7110 berbanding dolar US daripada 4.7110/7150 pada Isnin.

Peniaga itu berkata pelabur sedang menunggu pengumuman indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat depan, Rizab Persekutuan AS bergantung kepada kemajuan pengukuran dalam menurunkan inflasi kepada sasaran 2.0 peratus.

Beliau berkata pelabur juga akan memantau debat presiden AS pertama kali diadakan antara Presiden Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump dijadualkan berlangsung pada Khamis ini selepas pasaran AS ditutup.

Sementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9534/9560 daripada 2.9508/9535 ketika ditutup semalam, turun berbanding pound Britain kepada 5.9717/9764 daripada 5.9679/9730 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0526/0563 daripada 5.0511/0554 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebayakannya tinggi bebanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan menguncup berbanding baht Thailanda kepada 12.8669/8811 daripada 12.8383/8541 pada Isnin.

Bagaimanapun, ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4803/4832 daripada 3.4811/4843 ketika ditutup pada Isnin, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 287.1/287.4 daripada 287.3/287.7 sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan