PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

03/07/2024 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 dan Disember 2024 naik 20.5 mata masing-masing kepada 1,621.0 dan 1,614.0, Ogos 2024 meningkat 21.5 mata kepada 1,623.5 dan September 2024 menokok 21 mata kepada 1,607.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8.381 lot daripada 9,691 pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 50,513 kontrak daripada 49,528 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 17.36 mata atau 1.08 peratus kepada 1,615.32 daripada paras penutup 1,597.96 pada Selasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan