PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DIJANGKA DIDAGANGKAN BERHATI-HATI MINGGU DEPAN

20/07/2024 10:50 AM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2024 meningkat kepada US$2,418.10 setiap auns troy daripada US$2,408.00 setiap auns troy minggu lepas.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Okotober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 berada pada US$2,434.10 setiap auns troy daripada US$2,424.20 auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan kekal 21 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 36 kontrak daripada 12 kontrak berbanding enam kontrak pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal pada US$2,463.80 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 18 Julai 2024.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan