PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIJANGKA BERGERAK SEIRING DENGAN PASARAN TUNAI MINGGU DEPAN

20/07/2024 10:48 AM

 

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan bergerak seiring dengan prestasi di pasaran tunai minggu depan.

Peniaga berkata bursa tempatan berkemungkinan dalam dagangan berhati-hati kerana pelabur sentiasa memantau perkembangan global, terutamanya gangguan teknologi global yang berlaku pada masa ini.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak bulan semerta Julai 2024, Ogos 2024 dan Disember 2024 masing-masing melonjak 14.5 mata kepada 1,640.0, 1,643.0 dan 1,626.5, manakala Disember 2024 melonjak 15.5 mata kepada 1,634.0.

Pada minggu itu, jumlah dagangan merosot kepada 22,558 lot daripada 34,586 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 50,832 kontrak daripada 54,205 kontrak sebelumnya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI meningkat 17.49 mata kepada 1,636.55 daripada 1,619.06 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan