PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

22/07/2024 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak harga semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,407.0 setiap auns troy daripada US$2,418.10 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 menyusut kepada US$2,423.0 setiap auns troy daripada US$2,434.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 21 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 39 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,403.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 19 Julai, 2024.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan