PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH

24/07/2024 10:24 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah, kata penganalisis. 

Pada 9.14 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.96 mata kepada 1,626.72 daripada 1,629.68 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.63 mata kepada 1,631.31.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 239 berbanding 165, dengan 361 kaunter tidak berubah, 1,706 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 334.74 juta unit bernilai RM135.80 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata memandangkan sentimen semasa dalam saham di Malaysia dan kenaikan berterusan tahun ini, pasaran dijangka meningkat dalam tempoh jangka panjang.

"FBM KLCI melonjak menghampiri paras 1,630 semalam berikutan aktiviti buru saham harga murah kembali, mendorong volum dagangan harian melebihi lima bilion saham.

"Kami kekal positif bahawa minat dalam bursa tempatan akan berterusan walaupun berlaku aliran keluar dana asing baru-baru ini," katanya kepada Bernama.

Thong menjangkakan indeks tempatan berlegar dalam julat 1,625-1,635 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Tenaga Nasional jatuh 2.0 sen kepada RM14.42, CIMB Group merosot 3.0 sen kepada RM7.17 dan IHH Healthcare turun 1.0 sen kepada RM6.30.

Maybank and Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM10.10 dan RM4.20.

Bagi kaunter paling aktif, MQ Technology naik 0.5 sen kepada 1.5 sen, Malaysia Steel Works menambah 2.0 sen kepada 39 sen.

Velocity Capital Partner dan Ekovest Bhd tidak berubah masing-masing pada 6.5 sen dan 49 sen manakala Hubline Bhd merosot 0.5 sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 20.69 mata kepada 12,603.85, Indeks FBMT 100 jatuh 22.30 mata kepada 12,177.92, Indeks FBM Emas Shariah merosot 24.56 mata kepada 12,950.05, Indeks FBM 70 berkurangan 35.07 mata kepada 18,813.39 dan Indeks FBM ACE susut 8.19 mata kepada 5,903.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 13.74 mata kepada 17,960.40, Indeks Perladangan menguncup 13.38 mata kepada 7,184.54, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.57 mata kepada 195.88 manakala Indeks Tenaga berkurangan 1.22 mata kepada 972.04.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan