PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

24/07/2024 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Bulan semasa Julai 2024 susut 10.0 mata kepada 1,623.5 manakala Ogos 2024, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing turun 9.5 mata kepada 1,627.5, 1,611.5 dan 1,618.5.

Jumlah dagangan berkurang kepada 7,062 lot daripada 9,754 manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 55,105 kontrak daripada 57,979.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 8.54 mata atau 0.52 peratus kepada 1,621.14 daripada 1,629.68 ketika ditutup pada Selasa,

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan