PASARAN > BERITA

MASA HADAPAN MSM MENERUSKAN PENURUNAN

24/07/2024 09:29 PM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Rabu, terjejas oleh jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit, David Ng menjelaskan pasaran menjangkakan lonjakan pengeluaran bulan ini selepas data Persatuan Pengilang-Pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan pengeluaran di selatan Semenanjung Malaysia naik 17.8 peratus bagi tempoh 1-20 Julai berbanding tempoh yang sama bulan sebelum ini.

“Kami melihat sokongan pada paras RM3,850 dan rintangan pada RM4,000,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 susut RM20 kepada RM3,992 satu tan, September 2024 turun RM39 kepada RM3,949 satu tan dan Oktober 2024 merosot RM44 kepada RM3,925 satu tan.

November 2024 adalah RM43 lebih rendah kepada RM3,912 satu tan, Disember 2024 jatuh RM39 kepada RM3,914 satu tan dan Januari 2025 susut RM35 kepada RM3,926 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 71,404 lot berbanding 47,003 lot yang disaksikan semalam, kepentingan terbuka berkembang kepada 221,901 kontrak daripada 217,401 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan mencatatkan penurunan sebanyak RM20 kepada RM4,040 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan