PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH SUSULAN KEBIMBANGAN PENGELUARAN TINGGI

23/07/2024 10:31 PM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa mengakhiri peningkatannya selama lima hari berturut-turut berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang, kata seorang peniaga. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran juga lebih rendah disebabkan aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan baru-baru ini.

“Oleh itu, kami melihat paras sokongan pada RM3,850 dan paras rintangan pada RM4,000,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 turun RM23 kepada RM4,012 satu tan metrik, September 2024 susut RM21 kepada RM3,988 satu tan metrik dan Oktober 2024 merosot RM16 kepada RM3,969 satu tan metrik.

Kontrak November 2024, Disember 2024 dan Januari 2025 berkurangan RM15 masing-masing kepada RM3,955, RM3,953 dan RM3,961 satu tan metrik.

Jumlah dagangan menguncup kepada 47,003 lot daripada 49,963 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 217,401 kontrak daripada 217,947 kontrak sebelumnya.

 Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan menyusut RM10 kepada RM4,060 satu tan metrik.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan