PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI dijangka meningkat minggu depan

27/07/2024 10:23 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Kontak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring dengan prestasi asas pasaran tunai, minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama, pasaran juga dijangka dalam mod konsolidasi dengan kecenderungan untuk meningkat.

“Sehingga pemangkin baharu wujud, pasaran kelihatan stabil dalam julat tertentu dan menunjukkan daya tahan walaupun selepas mencatat penurunan baru-baru ini,” katanya.

Bagi minggu dagangan baru berakhir, bulan semasa Julai 2024 susut 26.5 mata kepada 1,613.5, Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing turun 25.5 mata kepada 1,617.5 dan 1,601.0 manakala Disember 2024 berkurangan 26.0 mata kepada 1,608.0.

Sepanjang dagangan minggu ini, jumlah dagangan meningkat kepada 79,667 lot daripada 22,558 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 81,910 kontrak daripada 50,832 kontrak sebelum ini.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI susut 23.67 mata kepada 1,612.88 daripada 1,636.55 minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan