PASARAN > BERITA

Ringgit Cecah 4.4000 Berbanding Dolar AS Pada Pukul 11.32 Pagi Hari Ini

05/08/2024 12:08 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.

Terdahulu pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Prestasi itu merupakan kenaikan kukuh berterusan ringgit berbanding dolar AS selama 11 hari berturut-turut.

Paras tertinggi sebelum ini adalah pada 4.4000/4025 yang dicatatkan pada 14 April, 2023.

Pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersyukur kerana sejak kebelakangan ini negara banyak mendapat pengiktirafan dengan merekodkan kemajuan dari segi ekonomi dan pertumbuhan termasuk pengukuhan ringgit.

“Kejayaan ini tentu kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas,” katanya pada perhimpunan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan