PASARAN > BERITA

Dagangan Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

09/08/2024 10:22 AM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan lebih tinggi pada sesi awal Jumaat, menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.19 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2024 naik 9.0 mata kepada 1,591.5; kontrak September 2024 dan Mac 2025 masing-masing menokok 8.5 mata kepada 1,574.0 dan 1,567.5 manakala kontrak Disember 2024 menambah 15.5 mata kepada 1,586.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,318 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 42,730 kontrak.

Pada 9.39 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 10.09 mata kepada 1,600.47 daripada paras 1,590.38 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan