BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

16/08/2024 02:04 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari berikutan belian semasa harga rendah di kebanyakan kaunter wajaran tinggi di tengah-tengah pengumuman data ekonomi negara yang teguh oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku kedua 2024, melepasi unjuran awal sebanyak 5.8 peratus. 

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.30 peratus atau 4.87 mata, kepada 1,617.81 daripada 1,612.94 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka pada 9.26 mata lebih tinggi pada 1,622.20, ia turun naik antara 1,617.18 dan  1,624.71 di sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 655 kepada 284, dengan 448 kaunter tidak berubah, 1,099 tidak diniagakan dan 23 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.96 bilion unit bernilai RM1.34 bilion.

Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour hari ini berkata pertumbuhan Malaysia dijangka berakhir tahun ini menghampiri jangkaan julat pada 4.0-5.0 peratus.

Ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024, menjadikan separuh pertama pertumbuhan tahun ini kepada purata 5.05 peratus. Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

“Pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 adalah yang tertinggi sejak suku keempat 2022,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank, Public Bank, dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM10.18, RM4.27, dan RM6.30, manakala CIMB naik 7.0 sen kepada RM7.60 dan Tenaga menokok 2.0 sen kepada RM13.86. 

Di kaunter cergas, Cape EMS susut 1.5 sen kepada 41.5 sen, SP Setia dan Hextar Healthcare  masing-masing tidak berubah pada RM1.29 dan 24 sen, dan Sime Darby Property naik 8.0 sen kepada RM1.39.

Kaunter paling untung, Dutch Lady melonjak RM1.24 kepada RM31.84, Panasonic Manufacturing menokok 34 sen kepada RM20.00 dan MPI naik 18 sen kepada RM36.70. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 60.85 mata kepada 12,300.67, Indeks FBMT 100 menokok 54.03 mata kepada 11,941.71 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 73.61 mata kepada 12,385.33. 

Indeks FBM 70 menokok 147.34 mata kepada 17,831.19, dan Indeks FBM ACE naik 72.36 mata kepada 5,384.43.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 31.68 mata kepada 18,319.74 dan Indeks Perladangan meningkat 21.50 mata kepada 7,163.89. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat sebanyak 1.95 mata kepada 182.57 dan Indeks Tenaga menokok 17.24 mata kepada 945.76.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan