PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

22/08/2024 11:35 AM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan meningkat pada sesi awal dagangan Khamis. 

Pada 9.20 pagi, Ogos 2024, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 6.5 mata kepada 1,637.5, 1,617.5 dan 1,623.5 manakala Mac 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,611.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,338 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,753 kontrak.

Selepas 41 minit dagangan dijalankan, indeks FBM KLCI naik 0.38 mata kepada 1,635.70 berbanding paras 1,635.32 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan