PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

23/08/2024 11:40 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap pengeluaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng berkata kenaikan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago dan harga minyak mentah yang lebih kukuh turut mempengaruhi sentimen pasaran.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,700 dan paras rintangan pada RM3,900," katanya kepada Bernama.

Sementara itu. Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM berakhir lebih tinggi pada separuh kedua hari itu, dirangsang oleh pasaran tunai yang aktif dan kenaikan harga olein sawit di Bursa Komoditi Dalian.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 dan Oktober 2024 meningkat RM48 masing-masing kepada RM3,976 and RM3,916 setiap tan metrik, November 2024 naik RM41 kepada RM3,867 setan metrik manakala Disember 2024 menambah RM37 kepada RM3,851 satu tan metrik.

Januari 2025 melonjak RM39 kepada RM3,847 setan metrik dan Februari 2025 meningkat RM38 kepada RM3,838 satu tan metrik.

Jumlah dagangan merosot kepada 69,509 lot daripada 95,069 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menokok kepada 223,891 kontrak daripada 224,143 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan naik RM50 kepada RM4,000 setiap tan metrik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan