PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Fbm Klci Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

28/08/2024 11:28 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi semasa awal dagangan pada Rabu, seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai.

Pada pukul 9.45 pagi, Ogos 2024 meningkat 19.5 mata kepada 1,673.5, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 19 mata kepada 1,635.0 dan 1,658.5 manakala Mac 2024 menokok 20 mata kepada 1,646.0.

Jumlah dagangan sebanyak 22,067 lot manakala kepentingan terbuka pada 73,313 kontrak.

Pada pukul 10 pagi, FBM KLCI meningkat 14.65 mata kepada 1,666.94 daripada 1,652.29 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan