PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

15/11/2024 09:14 PM

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat berikutan minat belian baharu meskipun kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), seiring dengan kenaikan di pasaran emas COMEX AS.

Kontrak bulansemerta November 2024 meningkat kepada US$2,572.30 setiap auns troy daripada US$2,559.30 setiap auns troy pada Khamis.

Manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal pada US$2,585.80 setiap auns troy berbanding US$2,572.90 sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada lapan lot daripada 12 lot, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 36 kontrak daripada 31 kontrak.

Mengikut London Bullion Market Association pada 14 Nov, harga fizikal emas berada pada US$2,567.30 setiap auns troy.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan