PASARAN > BERITA

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

20/06/2025 08:34 PM

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit meningkat daripada penurunan semalam untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan perkembangan terkini perang Iran-Israel telah mencetuskan minat belian dalam mata wang pesat membangun, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2505/2565 berbanding dolar AS daripada 4.2590/2625 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perang antara Israel dan Iran terus menjadi tumpuan utama memandangkan Amerika Syarikat (AS) masih mempertimbang tindakannya sama ada untuk terlibat dalam konflik itu.

“Jurucakap White House Karoline Leavitt memberikan isyarat bahawa Presiden Donald Trump akan membuat keputusan sama ada akan terlibat atau sebaliknya dalam tempoh dua minggu akan datang. Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.22 peratus kepada 98.691 mata,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama semasa penutup dagangan.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.7356/7437 daripada 5.7164/7211 semasa ditutup pada Khamis dan merosot berbanding euro kepada 4.9000/9069 daripada 4.8868/8908 semalam, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9245/9289 daripada 2.9286/9312 sebelumnya.

Ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.2/259.7 daripada 259.5/259.9 pada Khamis dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9727/9969 daripada 12.9966/13.0513 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3088/3140 daripada 3.3072/3102 semalam dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.45 daripada 7.41/7.42  semasa ditutup sebelumnya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan