KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merekodkan penurunan untuk ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh langkah pengambilan untung berterusan, di tengah-tengah kebimbangan mengenai konflik Israel-Iran.
Kontrak semerta bulan Jun 2025 susut kepada US$3,360.0 setiap auns troy daripada US$3,377.5 setiap auns troy pada Khamis, manakala Julai 2025 berkurang kepada US$3,366.5 setiap auns troy berbanding US$3,390.30 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,388.6 setiap auns troy daripada US$3,406.40 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan menyusut kepada lapan lot berbanding 131 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 31 kontrak daripada 159 kontrak sebelumnya.
Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 19 Jun, 2025, harga emas fizikal berada pada US$3,368.90 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial