MOTAC TERUS MEMARTABATKAN SENI, BUDAYA DAN WARISAN NEGARA MENERUSI MINGGU BUDAYA MALAYSIA 2024

03/07/2024 04:41 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Minggu Budaya Malaysia 2024 secara rasminya telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2024 selepas lima (5) hari penganjurannya di Urumqi, Xinjiang, China. Pavilion Malaysia mencuri tumpuan pengunjung apabila Pavilion Malaysia satu-satunya negara yang mengetengahkan kebudayaan dan pelancongan di 8th China–Eurasia Expo berbanding pavilion negara-negara lain yang berteraskan aktiviti perdagangan sahaja. Seramai 1,900 pempamer daripada 50 buah negara yang terlibat dalam ekspo ini dan telah mendapat liputan berita yang amat meluas di China.

Sepanjang penganjuran Minggu Budaya Malaysia ini, Pavilion Malaysia terserlah dengan keunikan reka bentuk berkonsepkan tanjak, songket dan pelbagai elemen kebudayaan dan berjaya menarik lebih daripada 55,000 pengunjung. Sesi interaktif seperti persembahan kebudayaan dan demonstrasi makanan warisan, Teh Tarik dan Roti Canai serta promosi Raja Buah iaitu Durian, khas dari Malaysia menjadi tarikan utama pengunjung untuk mengunjungi Pavilion Malaysia. Sesi Business to Business (B2B) yang melibatkan Tourism Malaysia dan Islamic Tourism Centre juga mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan