PENERBITAN SUMMARY OF THE MALAYSIA NATIONAL CANCER REGISTRY REPORT 2017-2021

19/07/2024 12:10 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kanser terus meningkat sebagai penyakit kronik, berdiri sebagai penyebab kedua utama kematian di seluruh dunia (9.7 juta kes) pada tahun 2022. Di Malaysia, kanser telah meningkat kepada penyebab ketiga kematian (15.2 ribu kes) pada tahun 2022, meningkat daripada kedudukan keempat pada 2021. Data kanser terkini di Malaysia adalah penting untuk memandu, merancang dan melaksanakan langkah yang lebih berkesan untuk pencegahan, kawalan dan rawatan kanser.

Untuk mencapai matlamat ini, Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) telah ditubuhkan pada 2007, bermula dengan pelaporan manual. Sepanjang tempoh 2007 hingga 2018, dua (2) laporan lima tahun telah diterbitkan untuk menggambarkan beban kanser di Malaysia. Pada 2018, pelaporan kes kanser dalam talian melalui laman sesawang Malaysian Health Data Warehouse telah diperkenalkan bagi memperkemas proses pengumpulan data. Selain itu, pekeliling pada tahun 2020 mewajibkan pelaporan kanser dalam talian, yang membawa kepada peningkatan ketara dalam kes yang dilaporkan kepada MNCR.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan