BANLE ENERGY BERJAYA MENYIAPKAN PERKHIDMATAN B24 BIOFUEL BUNKERING DI PELABUHAN KLANG YANG PERTAMA DI MALAYSIA

19/07/2024 03:45 PM

HONG KONG, 19 Julai (Bernama) -- Pada 28 Jun dan 10 Julai 2024, Banle Energy International Limited, anak syarikat Banle Group (NASDAQ: BANL) (“Banle” atau “Group”) di Hong Kong iaitu sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia-Pasifik (“Banle Energy”), mengumumkan kejayaan menyiapkan dua perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 untuk Yang Ming Marine Transport Corporation (“Yang Ming”) yang merupakan salah satu daripada 10 syarikat penghantaran kontena terbaik di dunia. Kejayaan ini dicapai dengan kerjasama Green Marine Supply SDN. BHD. (“Green Marine Supply”) dan Armada Meridian SDN. BHD. (“Armada Meridian”) Pelabuhan Klang di Malaysia, melakar sebagai pembekal bunker biobahan api pertama di pelabuhan tersebut, sebagai mewakili langkah penting yang telah diambil oleh Group dalam menyahut seruan global transformasi rendah karbon dalam sektor industri perkapalan.

Dengan menerima pakai Strategi International Maritime Organization (IMO) 2023 mengenai Pengurangan bagi Green House Gas (GHG) daripada Kapal dan Peraturan FuelEU Maritime yang mempercepatkan penyahkarbonan bahan api kapal, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, Banle Energy telah secara proaktif merebut peluang dengan mendapatkan pensijilan ISCC EU, yang mana ia merupakan pensijilan bertujuan untuk biofuel dan tenaga di EU, yang diiktiraf oleh European Commission (EC) untuk Renewable Energy Directive (RED II) dan pensijilan ISCC Plus, iaitu pensijilan yang bertujuan untuk makanan, bahan makanan, produk berasaskan bio, tenaga dan biofuel di luar Eropah dan/atau di luar skop RED II, seawal 2023, meletakkan dirinya sebagai salah satu fasilitator bunker perintis dalam industri bahan api marin hijau.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan