ASEAN HERITAGE TRAIN ENHANCING CONNECTIVITY TOWARDS CULTURAL DIVERSITY

19/07/2024 04:07 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan (HAK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah penyelarasan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), MOTAC dengan kerjasama Persatuan Penggiat Pelancongan Senibudaya Warisan Kraf Negeri Selangor (PESTA) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menganjurkan program ASEAN Heritage Train – Enhancing Connectivity towards Cultural Diversity. Program ini merupakan program di bawah ASEAN Cultural Fund (ACF) dengan penglibatan penggiat seni budaya bidang Seni Persembahan, Gastronomi dan Kraf daripada sembilan (9) negara ASEAN iaitu Brunei, Filipina,Indonesia,Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar,Thailand dan Vietnam. Program ini akan merentasi tiga (3) buah negara ASEAN iaitu Lao PDR, Thailand dan Malaysia yang akan diadakan pada 09 Julai hingga 26 Julai 2024 menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama.

Program ini menjadikan keretapi sebagai medium utama bagi memudahkan interaksi, menggalakkan keharmonian serantau, dan menghubung kekayaan warisan budaya ASEAN. Perjalanan bermula di Laos dan melalui Thailand sebelum berakhir di Malaysia. Sepanjang laluan yang menarik ini, para delegasi akan terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk persembahan kesenian, pameran, bengkel, demonstrasi kraf dan masakan tradisi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan