HYTERA MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN VST ECS UNTUK PENGEDARAN TEKNOLOGI BAHARU MUNCUL DI FILIPINA

22/07/2024 11:15 AM

MANILA, Filipina, 22 Julai (Bernama) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, amat berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan VST ECS Phils., Inc., pengedar ICT terkemuka di Filipina, sebagai pengedar sah syarikat itu di negara tersebut. Perkongsian strategik ini membolehkan VST ECS menawarkan produk Tekan untuk Cakap melalui Selular (PoC) dan Kamera Dipakai pada Badan (BWC) Hytera yang terkini.

VST ECS Philippines ialah satu daripada pengedar ICT terkemuka di negara itu, diiktiraf kerana portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang luas merentasi pelbagai segmen pasaran. Portfolio syarikat itu tiada tandingannya, mewakili lebih 100 jenama terkenal dan merangkumi pelbagai penyelesaian teknologi. Syarikat itu telah mengukuhkan perniagaan sebagai rakan kongsi yang kerap dicari untuk perniagaan yang memerlukan penyelesaian andal dan terkini bertujuan menangani keperluan ICT masing-masing yang semakin berkembang. Penyelesaian yang disesuaikan dengan teliti berguna kepada pasaran runcit, mobiliti, komersial dan perusahaan, memenuhi keperluan khusus industri dengan tepat dan memacu inovasi merentasi sektor.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan